Tuesday, October 2, 2012

Belajarlah Mendengar.. :)




Assalamualaikum..
kali ni aku nak tulis pasal MENDENGAR,,.. hahaha

  • "KEKASIH yang baik ialah pendengar yang baik " selalu kita dengar ayat ni.. hurm...maknanya... untuk dikasihi, jadilah pendengar,... macam tu ke?
  • jangan asyik nak bercakap sampai telinga kita jadi pekak dan x mampu dengar cakap orang lain..fuh...berat.. berat...
  • pernah ke kita belajar mendengar? selama ni kita asyik belajar menulis dan membaca je..sedangkan kita lebih banyak mendengar dari membaca dan menulis.. betol tak?
  • sebenarnya.. jika kita mendengar, kita sedang memberi.. dan jika kita bercakap, kita sedang menarik.. kenapa pulak? sebab.. sewaktu kita mendengar.. kita sedang memberi perhatian.. dan sewaktu kita bercakap kita sedang menarik perhatian.. hurm.. Allah sukakan org yang selalu memberi dari orang yang selalu menerima.. :)
so, belajar-belajarlah untuk mendengar... jgn asyik nak bercakap je.. mungkin kita akan lebih dikasihi.. :) dan selalunya, orang yang bijaksana ,baginya diam itu adlah sesuatu yang wibawa. orang menanti-nanti apakah "mutiara" yang akan keluar dari mulutnya.. manakala orang yang bodoh, baginya diam itu adalah perisai diri kerana dengan diam, tidaklah begitu ketara kebodohannya.. :)
 
#sekalilagirasenaktulislepasbaceGENQ:)

No comments:

Post a Comment