trying to be a good muslimah :) Allah,Muhammad in my heart, pandangan Allah lagi penting dari pandangan manusia :)
Friday, January 25, 2013
Maulidur Rasul :)
SALAM MAULIDUR RASUL SEMUA :)
alhamdulillah.. semuanya ok :) cuti sekolah start khamis sampai isnin. hehe seronok sangat! dalam seronok-seronok tu kita mesti ingat, ape tujuan sebenar kita hidup kat dunia ni :) mencari redha ALLAH yea.. itu tujuan sebenar.. redha ALLAH sangatlah penting. hurmm post ni bkn nak bagi tazkirah ke ape.. cuma nak ingatkan diri sendiri tujuan sebenar diri ini di dunia. Sekaya mana pon kita, sepandai mana pon kita, kalau tak ada redha ALLAH, maka tak ke mana pon kita.. dunia ni sementara, akhirat selama lamanya :)
kadang2 terfikir, pernah tak aku menangis sebab rindukan Rasullullah? hmmm jarang sebenarnya.. selalu sangat kita nangis sebab result terok, sebab cinta, sebab sakit, sebab kawan,.. tapi jarang nangis sebab ALLAh dan Rasullullah. sedangkan ALLAH yang memberi kita segala nikmat di dunia nie, sedangkan masa Rasullullah hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir Baginda tak henti henti menyebut "ummatku ummatku " kita, kita lah ummat Rasullullah. Rasullullah sgt sayangkan ummat baginda, tetapi aku? lebih sayangkan harta, lebih sayangkan cinta!
berubahlah, luangkan sedikit masa untuk menangis kerana merindui Rasullullah, menangis kerana menyesali dosa yang dilakukan. semoga esok lebih baik dari semalam :)
Assalamualaikum..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment