Monday, July 7, 2014

Kisah Ku Lepas SPM

Assalamualaikum
Bermula kisah aku bergelar student uia. 
Pehhh uia kot. Aku mmg dari kecik nak masuk uia. Allhamdulillah..

Ok meh sini nak cerita. Lpas spm suma benda nk isi schollar itu la ini la. Mcm2!! Sampai confius dah isi ke blom. Haha satu hari kawan aku suruh isi ipg. Ipg ni utk org2 yg nk jdi cikgu la. Aku pon isi je suma.. 

Then!!!Ok aku tersenarai utk interview first stage ipg (institut pendidikan guru) ofcouse aku happy gilerr!! Sbb cita2 aku nak jdi pensyarah. Why not aku cuba jdi guru dulu kn?? Interview first stage ni mudah jewwwww (bongkak + takabur) just jwb soalan objektif and ujian fizikal ( lari2, sit up, lompat quadrant n ada lagi) ok time ni aku frust sbb akk tu salah ukur tggi aku act tinggi aku 157 cm but akk tu letak 167 cm and berat aku 44kg and di sbabkn itu aku punya b.m.i underweight yg melampau! So markah kurang byk disitu 😪😪 nak di pendekkn cerita aku x lulus la interview tu huhu betapa sedihnya hati luluh harapan tak makan sehari! (Sehari jewww nk kecoh!) aku mmg nk sgt ipg tu tpii.. Allah know the best! 

Then selepas seminggu tak silap aku 10/5/14 result upu keluar. Dgn harapan yg menggunung tinggi ke langit aku mengharapkn berita baik!! Result keluar pukul 12, pukul 10 aku dah bkk pc! Excited nk check upu. Berdebar mcm org nk masok minang je haha (merepek) tepat pukul 12 aku check n tiba2:

"Dukacita dimaklumkan permohonan anda tidak berjaya"

Wehhhh aku menangis sedih yg teramat sgt! Kawan2 suma dapat!! Kawan yg result spm kurang dari aku pon dapat! Tipu ar tak sedih!! Kawan-kawan tanya aku wat bodoh jeee. X mau jawab. Segan. Mengadu kat baba ngadu kt ibu suma ckp sabar2... Rayuan boleh lgi,.. Hmmm time tu fikir, kemana arah tuju aku lpas niiiiii (ceh buat drama pulak) 

Lepas seminggu rayuan UPU dibuka. Aku dgn penuh harapan buat rayuan. Harap2 dpt la en. Still minx uia (x serik2) minx course econs jgak. Sikit pon x ubah. Huhu. Selain tu ayah aku ada buat surat rayuan direct teros hantar ke pihak uia. Sebelom result rayuan keluar, aku dpt matrik melaka. Aku dah pasrah nak masok matrik. Kt matrik aku kne kerja keras ar nak bersaing en. but ayah aku ckp "tak payah gi matrik.. Tggu je UPU keluar" ayah aku dgn penuh yakin ckp cm uh. Aku cam.. Cam.. Cam... Ikot jelahh.. Kalau masok matrik kbe daftar 12/6/14. Ura2 mengatakan result UPU pon kuar tarikh yg sama. Tau tak mcm mana perasaan aku? Punya la takot kot2 x dapat UPU tu. Mampoiuhhh hahaha hanya mampu berdoa. 

12/6/14 result UPU keluar. Aku dah x se excited time first2 tu. Aku x nak la menaruh harapan sgt ( padahal excited nak mampos) aku check guna sms je. Hehehe cepat je dapat reply 


Alhamdulillah. Berkat doa ibu bapa and kawan2 aku dapat. Utk pengetahuan program Y0200 tu ialah economic and menagement science. Bersyukur sbb dpt course yg btol2 aku nak. Terima kasih Ya Allah. So x da la aku nk berkejar kejar daftar matrik melaka hehe. 

Stakat sini dulu
#bersambung

Saturday, July 5, 2014

Whats up??

Assalamualaikum
Lets start with smile and say Alhamdulillah.
Bersyukur kpd Allah kerana memberi kesempatan kpd kita utk bertemu ramadhan karim. 
Semoga ramadhan kali ini memberi makna kpd kita aminn



Monday, June 2, 2014

Masa Depan

Bismillah...
Assalamualaikum 
Hye 
Yeah long time no see. what's the story?
Sihat belaka?? Allhamdulillah. Semoga sihat hendaknya


Hmmm let's talk about the future..who knows about the future? 
So semua org tak tahu masa depan kita mcm mana. important is always remember that Allah as a good planner. we only can plan, Allah that determind. 

At age 6,aku rasa nk jadi cikgu. Haha mcm best je jdi cikgu. Simpan cita cita nak jadi cikgu sampai la tamat skolah rendah Yealah. Depan mata ada cikgu je.. Haha 

then bila dah masuk secondary school naik form 1 up sikit dari cikgu. Haha nak jdi pensyarah. Sebab ibu ckp pensyarah lagi banyak duit.

 Naik form 4 baru terfikir. Memang la aku nak jadi lecturer but nak jdi lecturer bidang ape? Terfikir ni sbb kne pilih aliran sama ada aliran sains agama or akaun agama. Masa tu dah nekad nak amik akaun. Aku mmg minat akaun. Serius minat. Tpi aku takot. Tak percaya pada diri sendiri. My mom ckp, better masok science strem dulu coz bila msok university or matrik nnt bdk aliran sains bleh tkar pada akaun but bdk akaun x bleh tkar pada sains. *faham x ayat tunggang tebalik ni*

And finaly aku join science strem. Time spm result tak seperti yg diharapkan.. Byk main sgt. Tido pon banyak. Hmmm mcm aku ckp tdi, kita hanya merancang. Allah yg menentukan.

aku tak boleh give up. Tak perlu nak kisah apa org cakap. Mereka tak boleh nak ubah masa depan aku. Aku sendiri yang kne ubah. Skg masa utk aku tentukan masa depan aku. Bila aku dah dpt result tu aku btol2 pasti yg aku mmg nak teruskan minat aku terhadap akaun. 

Walau apapun yang bakal ditempuh pada masa akn dtg, harus selalu ingat bahawa : 
" kita hanya merancang, tpi Allah yang menentukan. Percaya sesungguhnya Allah sebaik baik perancang "

And ada lagi satu. Aku x sure dari surah mana tpi aku yakin ada dalan Al Quran

" kadang kadang apa yang kita suka itu tak baik utk kita dan kadang kadang apa yang tak suka itulah yg terbaik utk kita. Sesungguhnya Allah yg Maha Mengetahui" 

Kalau salah perbetulkan.
 
Chaiyokkk!!! 
*sedang merawat hati* 

Doakan kejayaan rakan rakan itu penting. Bila kita doakan utk org Allah akan balas kebaikkan pada kita. Permudahkan kerja orang lain supaya Allah permudahkan kerja kita. InsyaAllah. 

Sekian, Assalamualaikum

Thursday, May 8, 2014

Kini Kembali

Assalamualaikum
Heyyy long time no see... Hahaha
Well x menyempat nak update sbb im sooo busy. Busy kenapa pon tak tau haha.
Lebih 4bulan kot tak update. Ok now nak cter2.. Tentang ape?

first! Hmmmm pasal result SPM
Alhamdulillah aku terima seadanya keputusan aku
tipu la kalau aku cakap aku tak kecewa. mestila kecewa. tpi tak ape, hidup mesti diteruskan *lap air mata*

Bahasa Melayu  A+
English  B+
Sejarah  A-
Mathematics  A+
Add Math  B
Biology  B
Physics  B
Chemistry  D
Pen Quran Sunnah  A-
Pen Syariah Islamiah  A-
Bahasa Arab  D

*tak mau jumpa chemistry lagi dh!!

hahaha aku mmg x minat chemist. time exam chemist mmg menangis kot hahaha
ok dah lupakan pasal result
now just wait and see je aku sambung belajar kat mana,. aku terima segala ketentuan Allah
semoga dipermudahkan. Aminnnn
kawan2 aku yang result gempak2 tuuu tahniah! tipu la klau aku kata aku tak jeles enn hhaha


ok now dah tak kerja,.. menganggur hahaha
but seriusly aku rindu giler Anakku T.T
duit gaji semua dah habes hahaha
lesap camtu je... terlalu boros.. terok! mak aku dah cekak pinggang haha

kerja kt butik Anakku best! tapi penat laaaa sbb aku ni budak part time.. asyik kene buli je haha
yang paling penting banyak ilmu yg aku dapat kerja kt situ.
aku tau ape yang baby patot ada. ape yg patot ibu baru bersalin buat
semualaaaa banyak plak nak cter nnt
and aku tau barang mana yg high quality yg low quality
haaaaaa ini utk masa depan aku jgk nnt hahah *berangan timang anak*
kalau kerja kuat sikit maka lumayanla gaji en
sejam RM5 tambah dengan komisyen lagi,.. kerja ikot shif
sesalunya aku full 10 pagi sampai 10 malam
kerja 3 bulan je bulan first gaji aku 1400++, second 1200++, third 1400++
hahaha bulan febuari tu kerja malas sikit. lagipon ada 28 hari je.tu sikit gaji.
tapi yg pasti skg gaji aku dah habis hahaha
beli itu la ini la hmmmmm mmg x bleh pegang duit,. suma benda nak beli
lepas ni kena belajar jimat dan rancag perbelanjaan


ok done. need to go.
Assalamualaikum.


okay ni gambar bestfriend aku dari skolah rendah sampai skg. ok byeeeeee

Friday, December 27, 2013

Bertudung?

Bismillah, Assalamualaikum

pagi pagi bangun urus diri dan sebagainya..
ibu bersuara lunak berkata " akak, pergilah cari kaje... dekat one utama ke, the curve ke..."





ok... dengan itu aku pon keluar mencari kerja... merata tempat aku masuk, haha segan pon ada..
penat kot haha


ok, masuk satu kedai ni " KIDZ STYLE " dah nama pon kid, jual baju budak lah kan.. hmmm
aku masuk kedai tu sebab kat pintu dia ada cakap nak guna budak part time..aku pon try laaa.. mana tau kodkod dapat lah kann


masuk tu, ada sorg pompuan ni pandang pelik and tanya aku " yea miss, you nak cari ape? "
aku jawab " tadi saya nampak kedai you nak budak part time"
dia jawab " owh yea, tapi kami nak yang tak pakai tudung "
aku mcm sentap kat situ.. hoiii muka kau mcm melayu... tpi takpe, bersangka baik.. mungkin mak ayah dia sorg india sorg cina kot. haha
aku jawab balik " owh, yea ke? tak pelah, tq yea... haha jual baju budak jeeee... " and aku pon terus keluar tanpa memanda pompuan tu .
haha maaflah terkerek sikit.. sikit je tuuu nak lebih lagi pon boleh..


haha and lagi satu tempat ni pon sama F.O.S  yang jual2 baju tuuu haha
ni pon ada tulis "Vacancy needed" kat pintu,.. so, aku masuk and tnya sorang akk cina ni
" miss, kat sini nak guna part time?"
dia jawab "owh, ada.. tpi.. klau pakai tdung tak berapa sesuai la miss.you ok ke?"
aku jawab "owh, okok takpelah, tq " aku pon blah sambil senyum kambing


fine laaaa fine!
aku pon teruskan, masuk kedai baju budak "AnakKu" walaupon tak ada tulis vacancy nedeed pon.. haha just nak try tnya jela.. lagipon aku nampak ada pekerja dia yang pakai tudung..


aku cakap, " sori miss, nak tnya, you nak guna pekerja tak?"
dia senyum n cakap "owh, mau2, you mau kerja ha?"
aku just angguk beria
dia ckp lagi " ok.. you bleh bagitau i tak kenapa you mau keja sini? "
sudah.. terus interview... amik kau!
aku jawab " sebab saya memang suka budak2 ni.. hehe lagi pon saya pernah jadi salesgirl utk kasut kanak-kanak waktu Barbie punya company buat sale hari tu :) "
dengan yakin je aku jawab haha
dia jawab "wah.. bagus bagus..so, bila you boleh start? next week boleh? "
alamakkk awalnyaa.. aku nak keje awal thn nnt..
aku jawab " boleh tu boleh.. but, saya kne balik kampung next week, kalau saya start awal january boleh?"
dia jawab "owh, okok so, 1 jan you masuk ok? "
"ok!ok!" beria jawab! haha seronok!
then, dia bagitau la aku kena pakai ape n soo on...
and the important is "DIA TAK KESAH AKU PAKAI TUDUNG"
hahaha Alhamdulillah...

Anakku pon baju budak kot... lagi femes dari ape tuu? kidz style? haaa hahah *jahat yang melampau*

hmmm tulah cerita cari kerja aku... takkan kita sebagai muslimah nak kena bukak tudung semata mata nk keja part time en? haha mmg tak da motif la kalau kedai baju budak pon nak kene orang yg tak pkai tudung... apelaaa



Simple Giveaway by Izzati Amira




Simple Giveaway by Izzati Amira !!
Tamat : 22 Januari 2014
Klik Banner Untuk Join! Sekarang !! Hadiah menarik untuk para gadis di luar sana sedang menanti!


Sunday, December 22, 2013

Aurat Muslimah..

ehem ehem Assalamualaikum :)
hyee... teruja tgok tajuk kt atas tu?? haaa ni ustazah nak ckp nii *haha ini semua poyos* ok serius poyo
hmmm actually saje nakpost ni.. ada org tu suruh aku post pasal aurat ni... entah kenapa.. haha *dia nak perli aku kot -_-'* haha takpe., saya terima dengan hati yang terbuka

ok, post ni untuk aku, dia, dan kamu,.. hhaha *yang bergelar muslimah la* 



yeaaa.. sekarang ramai yang lupa tentang aurat! *aku pon same..*  bila fikir balik... perempuan ni senang je nak masuk syurga, tapi senang juga nak masuk neraka yea dak? *peringatan tok diri sendiri*

ok... kita cuba ingat balik ekk... aurat kita dari mana ke mana? hmm


hmmm sape kata tutup aurat ni selekeh? hmmm cuba tgok ni






haha sori curi gambar orang pulak.. tpi tu lah yang nak di sampaikan.. tutup aurat tu indah :)
 *Ya Allah, bantu aku untuk berubah *

haaa mcm mana? cantikkan? sape cakap tak cantik uh hmmm tak lama dah tu hehe *lawak tak jadi*

tpi kadang kita tak pandai en nak pkai cam ti... takpe,, insyaAllah Allah akan bantu kita :)

ni ada kt you tube bayak je tutorial yang bleh kita buat contoh 






hmmmm senang je kan? dari pada buat yang lilit lilit uh... tapi x tutup dada baik tak payah.. 
*sedang berpositive thinking*

hmmm ape lagi ek?

ookokok
sebenarnyaa ape kelebihan kita menutup aurat?

setiap peraturan yang Allah tetapkan kepada kita ada sebab dan ada kelebihannya *cewah! gaya ustazah pilihan :)* 

kelebihan yang pertama, InsyaAllah kita terhindar dari azab Allah s.w.t (azab neraka) Alhamdulillah...
seterusnya kita kita terhindar dari masalah maksiat .. bila kita tutup aurat dengan sempurna, lelaki pun takut nak kacau kita,.. hmmm betol tak? hehe dan, bila kita tutup aurat ni.. maruah kita akan terjaga. bukan setakat maruah kita, maruah keluarga, maruah ibubapa, n maruah agama.. 
*peringatan utk diri sendiri, telinga orang yang bercakap lagi dekat berbanding orang yang mendengar* 

dan ada lagi satu nak kongsi..
hari tuu.. aku keluar rumah.. pergi jalan KL yoow! haha lepastu nampak la kawan kawan yang pakaian cam stailll je en kat tepi tepi jalan tu.. *bkn kawan pon senanya... entah sape...* then aku macam wahhh canteknya dorang ni... nak try stail cam uh tulahhh *setan dah dtg bisik* hurmm.. aku pon tnya seorang kawan aku ni.. *lelaki* "eh, cantik en pakai camtu? ok tak kalu aku pakai?" then kwan aku tu cakap

"mmg cantik, tapi.. bagi lelaki perempuan yang mcm tu,,. tak boleh nak buat bini.. just buat main je " 

peehhh ayat dia.. hmmm tpi betol la ape dia ckp tu.. then aku pon terus tak jadi hehe
soo, moral of the story is... peliharalah aurat kita untuk suami kita yang sah

*Ya Allah, bantulah hambaMu mencari keredhaan Mu*

haaa sape yang nak tau lagi banyak kelebihan menutup aurat ni.. sila lah tekan yang bawah ni.. aku pon baru lapas bace..


sekian.. Assalamualaikum